Thursday 14 February 2013

42 NASIHAT AGAMA YANG AMAT BERGUNA

بسم الله الرحمن الرحيماحفظ الله يحفظك “

1-Jika kamu menjaga hak-hak Allah SWT, Allah SWT akan menjaga hak-hak kamu.

” إذا لم تستح فاصنع ما شئت “

2-Jika kamu tidak malu kepada Allah SWT, lakukan apa yang kamu kehendaki.

” أطب مطعمك تكن مجاباالدعوة “

3-Elokkan makanan kamu, pasti Allah SWT memaqbulkan segala permintaan kamu.

” اتق الله حيثما كنت “

4- Takutlah kepada Allah SWT, walau dimana kamu berada.

” اتْبع السيئة الحسنة تمحها “

5- Balaslah kejahatan dengan kebaikan pasti kamu mendapat ganjarannya.

” خالقِ الناس بخلق حسن “

6- Berakhlaklah dengan manusia dengan sebaik-baik akhlak.

” اتق المحارم تكن أعبد الناس “

7-Takutlah kepada perkara-perkara dosa, pasti kamu akan menjadi Hamba Allah SWT terbaik.

” ارض بما قسم الله لك تكن أغنى الناس “

8-Redhalah dengan pembahagian Allah SWT, pasti kamu akan menjadi manusia paling kaya.

” أحبّ للناس ما تحبّ لنفسك “

9-Sayangilah manusia sebagaimana kamu sayang pada diri kamu sendiri.

” لا تُكثر الضّحك فإنّكثرة الضحك تميت القلب “

10- Jangan terlalu banyak ketawa, kerana dengan banyak ketawa boleh menyebabkan hati mati.

” الظّلم ظلمات يوم القيامة “

11-Kezaliman adalah kegelapan di Akhirat kelak.

” اتقوا الله واعدلوا في أولادكم “

12-Bertaqwalah kepada Allah SWT dan berlaku adillah kepada anak-anak kamu.

” اتق النار ولو بشقّ تمرة “

13- Jauhilah daripada api neraka walau sekadar bersedekah dengan sebiji tamar.

” اتقوا دعوة المظلوم “

14- Takutlah kepada doa orang-orang yang telah kamu zalimi.

” أثقل شيء في الميزان الخلق الحسن “

15- Perkara yang paling berat dalam timbangan Allah SWT adalah Akhlak dan Budi Pekerti yang mulia.

” التأني من الله والعجلة من الشيطان “

16-Bertindak dengan tenang adalah ajaran Allah SWT dan Gopoh-gapah adalah ajaran daripada syaitan.

” قلة المال أقلّ للحساب “

17-Orang yang sedikit harta, mendapat kiraan yang senang daripada Allah SWT.

” لا تغضب ولك الجنة “

18- Jika kamu tidak bersifat pemarah kamu akan miliki Syurga.

” أحبّ الأعمال إلىالله أدومها وإن قلّ “

19- Amalan yang paling Allah SWT sukai adalah amalan yang berterusan walaupun sedikit.

” أحب البلاد إلى الله مساجدها “

20-Tempat yang paling Allah SWT sukai dalam sebuah negeri adalah masjid.

” أبغض البلاد إلىالله أسواقها “

21-Tempat yang paling Allah SWT benci dalam sebuah negeri adalah pasar-pasar.

” أحبّ الطعام إلى الله ما كثرت عليه الأيدي “

22-Makanan yang paling Allah SWT sukai adalah makanan yang disedekah secara ramai-ramai.

” أحب الكلام إلى الله أن يقول العبد سبحان الله وبحمده “

23-Perkataan yang paling Allah SWT sukai adalah  :

سبحان الله وبحمده

” أحب الناس إلى الله أنفعهم “

24-Orang yang paling Allah SWT sukai adalah orang yang pandai mencari manfaat dalam  agama.

“أحبّ الأعمال إلى الله سرور تُدخله على مسلم “

25-Amalan yang paling Allah SWT sukai adalah amalan yang mendatangkan kesukaan kepada manusia.

” من كفّ غضبه ستر الله عورته “

26-Sesiapa dapat menahan kemarahannya, allah SWT akan menutup perkara yang memalukannya.

” سوء الخلق يُفسد العمل كما يُفسد الخلّ العسل “

27- Akhlak buruk adalah merosakkan amalan sebagaimana cuka merosakkan madu.

” أحبّ عباد الله إلى الله أحسنهم خلقا “

28- Hamba yang paling Allah SWT sayangi adalah hambanya yang paling Mulia Akhlaknya.

” إحذروا الدنيا فإنها خضرة حلوة “

29-Hati-hati dengan dunia kerana ianya elok pada pandangan dan manis pada citarasanya.

” إحفظ لسانك “

30-Jagalah lidah kamu.

” أدّ الأمانة إلى من ائتمنك “

31-Laksanakan amanah kepada mereka yang mempercayai amanah yang telah kamu miliki.

” لا تخن من خانك “

32-Janganlah kamu menipu kepada orang yang telah menipu kamu.

” أدعوا الله وأنتم موقنون بالإجابة “

33-Berdoalah kepada Allah SWT dalam keadaan yang kamu yakin kepada penerimaanya.

” بشروا ولا تنفروا “

34-Berilah berita gembira, janganlah kamu menakut-nakutkan seseorang.

” يسّروا ولا تُعسّروا “

35-Permudahkanlah sesuatu urusan, jangan kamu memayahkan sesuatu urusan.

” كل بيمينك وكل مما يليك “

36-Makanlah dengan tangan kanan dan makanlah apa yang kamu layak makan.

” إذا آتاك الله مالا فليُر أثر نعمة الله عليك “

37-Jika kamu didatangi nikmat atau harta, maka perhatikan kesan nikmat tersebut keatas diri kamu.

” إذا أتاكم كريم قوم فأكرموه “

38-Jika sesuatu kaum menganugerahkan kepada kamu kemulian, maka muliakan mereka.

” إذا أتاكم من ترضون دينه وخُلُقه فزوّجوه “

39-Jika kamu didatang seseorang lelaki untuk meminang anak kamu, dan dia memiliki nilai-nilai agama dan kemulian akhlak maka terimalah pinangannya atau kahwinkan dia.

” إذا أراد الله بأهل بيت خيرا أدخل عليهم الرّفق “

40-Jika Allah SWT menghendaki sesuatu ahli keluarga itu bahagia, Allah SWT akan mencampakkan perasaan Kasih Sayang dalam ahli-ahli keluarga tersebut.

” إذا أسأت فأحسن “

41-Jika manusia melakukan kejahatan kepada kamu, maka lakukanlah kebaikkan kepada mereka.

” إذا حاك في نفسك شيء فدَعْه

42-Jika ada orang melaga-lagakan kamu, biarkanlah dia.

Friday 8 February 2013

3 Amalan Untuk Dapat Keampunan Allah

Assalamualaikum,
Sebagai seorang hamba yang penuh kelemahan serta kekurangan, manusia amat memerlukan keampunan serta bimbingan daripadaNya agar sentiasa berada di landasan lurus yang membawa manusia terus menemui Nya dalam keadaan redha-meredhai antara satu sama lain.

Amalan yang merupakan sebab Keampunan Nya ialah :

1. Mendermakan / Menafkahkan HARTA sama ada waktu Senang Dan Susah, MAsa Lapang dan Juga Kesempitan
Sabda Rasulullah SAW : " Zuriat anak adam selalu sahaja berkata, ' Itu hartaku, ini hartaku' 
Sebenarnya harta kamu ialah apa yang kamu makan maka telah kamu rasai, atau apa yang telah kamu pakai, maka telah kamu lusuhkan dan apa yang kamu dermakan/sedekahkan maka itulah sebenarnya yang kamu kekalkan." (Riwayat Muslim).
Sedekah @ mendermakan sebahagian atau sedikit harta halal yang dimiliki merupakan antara sebab dan faktor menghapuskan kemurkaan Allah SWT.


2. Menahan Kemarahan
Antara amalan yang boleh menahan kemarahan ialah sentiasa berwuduk, sentiasa berzikir tasbih atau selawat. Individu yang berusaha menahan kemarahan atau tidak melepaskan kemarahan mengikut kehendak hati ialah individu yang berhak mendapat keampunan Allah SWT, malah mengangkat kedudukan seseorang disisi Allah SWT dan juga manusia.

3. Memaafkan Kesalahan  Orang Lain
Memaafkan kesalahan atau kesilapan sama ada dilakukan secara sengaja atau tidak. Tiada apa sebenarnya yang rugi dengan memaafkan kesalahan orang hatta musuh sekalipun. Rugi yang sebenar adalah hidup dalam keadaan jiwa tidak tenteram atau tenang kerana kemarahan, cemburu atau dengki kepada orang lain.

Itulah tiga Akhlak @ Peribadi yang mendapat Keampunan Allah SWT. Semoga kita semua termasuk dalam golongan tersebut. Amin Ya Rabb Al-Alamin.

Thursday 7 February 2013

Jom pegi Bukit Fraser

Jalan-jalan ke sana melalui Kuala Kubu Bharu, xjauh sgt, tp naik bukit tu yg lama giles..huhuhu, kalu rase nk muntah, silakan :P
Tp view kt sana mmg best sgt. Puas hati tol..
hehe. dh sampai dh kt sana. akhirnyer..huhuuhu
Ok, skg mkn time..lapor sgt2..

Kt sini la menara jam tu..hehehe

Berlindung Kepada As-Salam (Maha Selamat Sejahtera)

Cacing tidak melarikan diri daripada bahaya. Ia berlindung kepada Allah As-Salam. Allah As-Salam mengilhamkan kepada cacing secara fitrah untuk mengambil posisi bentuk melingkar dalam lubang bawah tanah supaya luas permukaan kulit secara minimum dipengaruhi suhu udara luaran.

Bagi manusia, As-Salam menganugerahkan akal atau minda untuk melihat dan mengambil pengajaran daripada penciptaan yang wujud disekitarnya. Dengan kebijaksanaan ajal dan ketajaman hati, berdoa dan bermunajat mohon kesejahteraan kepada Allah As-Salam adalah usaha terbaik bagi manusia ketika merasa berada dalam ancaman dan bahaya.

Ucapan salam sesama Muslim dengan lafaz 'Assalamualaikum' adalah sebagai doa memohon jaminan keselamatan daripada As-Salam dari tipu daya, kecurangan, pengkhianatan kepada sesama manusia. Semua diilhamkan oleh Allah As-Salam supaya manusia dapat menyebarkan kedamaian. keharmonian dan kesejahteraan.

BONUS JUBLI EMAS TABUNG HAJI 2012

Tabung Haji umum Bonus Jubli Emas 8 peratus


JAMIL KHIR (kiri), Abi Musa Asa'ari (tengah) dan Ismee ketika majlis pengumuman jumlah agihan bonus di Dewan Besar Lembaga Tabung Haji, Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan pengagihan Bonus Jubli Emas Tabung Haji 2012 sebanyak lapan peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012 kepada 8.2 juta pendeposit mereka.
Pemberian bonus tersebut yang merupakan tertinggi sepanjang 50 tahun penubuhan TH itu merangkumi kadar bonus tahunan sebanyak 6.5 peratus dan tambahan bonus khas sebanyak 1.5 peratus.
Pendeposit boleh mengemas kini akaun masing-masing melalui kaunter-kaunter TH dan rakan-rakan strategik TH iaitu Bank Islam Malaysia Bhd. (Bank Islam), Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd. (Bank Rakyat) dan Maybank Islamic Bhd. (Maybank Islamic) mulai 10 Februari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, jumlah keseluruhan pemberian bonus itu adalah sebanyak RM2.46 bilion iaitu RM2.13 bilion untuk bonus tahunan dan RM325 juta bagi bonus khas.
“Bayaran bonus tahunan tersebut merupakan peningkatan sebanyak 27 peratus berbanding RM1.68 bilion yang diagihkan pada tahun 2011,” katanya kepada media selepas majlis pengumuman Bonus Jubli Emas TH 2012 di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0208&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2KGsaPja5
Hakcipta terpelihara

sedapnyer donut

Aii.. best belajar buat donut nih..mmg memerlukan kesabaran sbb nk makan sendiri buat...

home made donut yg bajet murah jerss.. beli tepung, yis mauripan jer.. yg lain sumer dh ade kt umah

Ok ini gambar dh nk siap b4 mkn donut..hehehe




trip to langkawi 1 januari 2013


First Day @ Hotel Bahagia 
1 jan 2013

Flight pegi Langkawi kul 8 malam naik kt LCCT. Best coz dh lama xpg sana kan plus ade medina ngan cik abg..hehehe. Mak ngan abah pon join sekali nih. SO sumer 5 orang. tapi tiket murah la RM522 jer kan temasuk beg 20 kg utk balik...
Sampai sana kul 9 lebih la, terus check in kt Hotel Bahagia dr airport..tp kelakar sgt hotel tuh x le bahagia sgt2. tempah jer on9 tp xtau saiz bilik yang kecil untuk kami bertiga..huhu, nak solat pon kena atas katil..mmg kelakar tol. 

Dinner mmg best la kt Wan Thai, betul2 kt sebelah Hotel Bahagia tu, so mmg kenyang sgt tp food dia pedasla, kecian bby medina tuh nk makan asyik minta air jer.

ok, habis first day di Langkawi.. terus masuk bilik...tidorr..


Second Day @ Cabel Car Langkawi
2 jan 2013

Pagi2 lagi dh breakfast then, terus amik kete sewa kt opis org tuh kt pekan kuah gk la. Tempah kete TOyota VioS tapi dpt Nissan LAtio..hehehe, okla kete tuh. Nasib baik cuaca ok so, lepas pg Dataran LAng...posing ler kt helang tuh. 
Lunch kat Nasi Ayam Pak Ya..Sedap...mmg ramai org tapi berbaloi coz bby medina pos suka makan walaupon ade amok2..huhuhuu
Dh kenyang baru leh jalan kt Cabel Car. Ok, ramai nyer org 2 Jan 2013 kn ari Rabu lak tuh. Tp sbb aweks yg photograper tu amik gambar so, terus rasa mcm bole queue la.hehehe
Sampai jgk turn lepas 45 min kot. CIk Abang yg queque, so kitaorg dok tgk rusa kt tpt tunggu tuh, bestla medina dok lepaks ngan kaco anak pak Arab mn tah main game guna Ipad :P

OK, mmg penat sgt nk jalan2 ngan baby nih. First standby pampers dia ngan susu. Mcm2 ragam..heheehee
Akhirnya, dapat gk naik cabel car @ langkawi. Ok, bestnyer kita leh jalan2 kt situ. Nk turun tu ujan laks..so cabel car tutup lepas kitaorg trn ari tu. Kesian sumer org dok tggu kt bwh. Mcm nasib gkla dtg sini nk naik cabel car.


Atas Cabel Car





ALhamdulillah, pastu ngah ujan2 tu leh pg pekan kuah jap. nak shopping coklat sikit ngan pegi Idaman Suri..beli la tea set. mak siap beli dinner set ngan tea set lg. abish,confirm lebih muatan.

Dinner malam ni kt Jai Corner..kt pekan kuah gk..hehehee, sbb nk beli coklat sikit lagi. Mak pon beli beg baju laks. Mkn kt sini best, order air buah gelas besar 1, plus mkn western food..chicken chop. tp cik medina xmau mkn dh..so amuk2 skt la then kena tdo kn dia kt dlm kete..sedih...lapaor...

LAst day 3/1/2013

Breakfast kat Hotel n check out
Jalan2 kat Beras Terbakar.. dapatla lunch kt sana makan mee rebus. Mak, abah ngan cik abang sumer makan laksa..hehe.
Medina...makan nasi sikit jer ngan laksa sikit. sedih, dia sgtla fussy bab makan nih.
n then time nih dh kepenatan sgt. Flight balik kul 8.30 mlm nih..adoii

Lepas tuh, kitaorg pergi kat Air hangat. mmg panas gk air tuh terkejut kaki wei.. tp okla lama2 tuh
so, pegi balik ke cabel car tpi pg telaga tujuh..
Minum ptg - makan bihun sup kat sana. tapi niat hati nk pegi mandi tak kesampaian coz ujan lebat gks..bleh demam ni. Medina dok tdo jer dlm kete dari td. Kecian dia..
Kul 6.30 terus pg airport, bye2 Langkawi :)