Tuesday, 19 March 2013

Bajet Bercuti Di Bandung 2013

BUDGET
MAKAN -  sehari dalam RM50 X 3 = RM150
Pak Supir – RM425 – RM50 = RM375
Shopping kain (15 psg kain) =  15 X RM30 @ RM450


Ahad – DAY 1
waktu perniagaan kat Kota Bandung ni dalam pukul 8.30 pagi... 
 DUIT - Jangan letak pada satu tempat... Nak senang kira, jumlah harga kita bahagikan 
      dengan 3,000... So dapatlah harga untuk nilai Ringgit Malaysia...    
8am : PASAR BARU
10am : Breakfast @ Pasar BAru
1 am : Check in Guest House
2am  : Rumah MOde
3pm :
6pm : Dinner

·            Toko 3 untuk jeans ori harga murah
·            Rumah Tas untuk handbag.
·          Grande, Rumah Mode, The Secret baju pompuan best2. Rumah Mode baju budak2 pon cantik2 gile..Dress baby oooiiiii geram tengok ala2 party princess tu sume la
·         Lunch - Tpt mkn dekat ngan Rumah Mode utk lunch (Dapur Sangkuriang)
·         Happening, Formen untuk lelaki
·            PASAR BARU ni tutup pkul 4.00 petang
·            Dinner – Paskal Food Market - dari Masakan Bali, Masakan Sunda, Jawa. Oh ye Please try Bakso. Hoih sedap gila. Lepas tu Tolong lah oder Baulu Bakar mcm gambar kat atas ni. Ada banyak perisa. Haritu amik Choc+Cheese dan kemudian roti tu dibakar. Rp30,000.haritu makan Bakso, ayam bakar. banyak sangat sbb lapar tak sempat snap. LOL
  • macet = traffic jam
  • kelinci = arnab
  • lucu = comel
  • bangat = sangat
  • capek = penat
  • gratis = percuma/free
  • siomay = rojak
  • bobok = tidur
  • sup bontot = sup ekor
  • apotik = farmasi
  • es jeruk = limau ais
Isnin - Day 2

8am : naik tangkuban
10am : Ladang Teh (bergambar)
11am : Ladang Strawberry
12am: Sri Ater (kalau nak buat aktiviti Mandi air terjun Panas) atau aktiviti sukan extreme. kalau tak      nak? boleh terus pergi makan ye.
1pm : Lunch Sapulidi
3pm : Shopping FO Jalan Riau.
6pm : Dinner - The Valley (western food) waktu malam. boleh tengok seluruh Bandung.

·         Utara Bandung - Tangkuban Perahu, *Kawah Domas boleh combine masa ke Tangkuban Perahu, Ciater Hot Spring, kebun strawberry Mount Tangkuban Parahu - It will take almost an hour from Kota Bandung to Lembang. Sampai dikaki bukit akan ada pintu gerbang tempat untuk bayar tiket, seorang cajnya Rp50,000 (RM18).
jalannya sama cam jalan nak pi cameron highland ikut tapah...
Lunch - Sapulidi cantik pergi waktu siang + murah dr kg daun  - ambil paket LUNCH untuk 6 org makan + teh tawar
In PArfum -  beli Gucci Flora bau dia tahan sampai malam pulak 30ml : rp35,000 (rm11)
60ml: rp70,000 (rm23)
Dinner - Restoran Kampung Daun Kampung Daun, biar seawal boleh. hari weekdays. bertolak jam 6 pon takpe.sebab sana malam nya awal. Surau ade kat sana sangat SELESA! Jangan risau nak sembahyang kat mana.bawak telekung je.
kat.... mlm terakhir di bandung kami pi berurut satu bdn
aku n kwn2 ambik pakej urutan tradisional Rp120K/jam ( myk zaitun ).......
sedap tul diorang urut...besttttttttt.....
Selasa (Last Day) – DAY 3
8am : Naik ke Kawah Putih (Selatan Bandung) 3 jam
11am : Ladang Strawberry
12am: Lake Patengan
1pm :
5pm : Kartika Sari Kartika Sari Jln Dago – (Cantik bgn) utk kek lapis, kek macam2 dan brownies choc chip yang sungguh lazat – spare for bfast tomorrow..huhuhuu 28k untuk satu brownies. lebih kurang rm9
6pm : Dinner
Rumah Mode tu tumpuan kan? Barang diorang hanya top-up pagi sahaja. kalau korang pergi dah petang. alamat SIZE tiada. stok TIADA. dan fyi Rumah Mode paling Mahal ! sbb tumpuan tourist. Cuma barang dia bermutu sikit lah.
DAY2
Senarai Factory Outlet
  • Jl SetiaBudi
  • Cihampelas Area
  • Jl Dago
  • Jl Riau
  • Toko Tiga
 Trans Studio 150ribu (RM50) pada hari biasa
PASAR BARU ni tutup pkul 4.00 petang
Lunch - Bumbu Desa (lunch/dinner)
DAY 4 - Rabu (Packing – balik)
Balik..rehat kt umah

Bacaan Doa Ketika Hendak Bersalin (Melahirkan Anak)

Bacaan Doa Ketika Hendak Bersalin (Melahirkan Anak)

by Hasnul Hadi Ahmad on March 18, 2013
Doa Dan Amalan Anak Soleh
Anak Sebagai Amanah Dan Anugerah Allah
Anak yang dilahirkan merupakan amanah Allah swt. Ia dilahirkan dalam keadaan suci bersih atas fitrah. Maka menjadi kewajipan ketas kedua ibu bapa mendidik dan mengasuh anak-anak supaya menjadi anak yang soleh, beriman dan bertakwa.
Kejayaan dalam mendidik anak-anak dengan acuan Islam akan menjadi sebab kepada pembinaan keturunan yang baik, sebaliknya kegagalan dalam mendidik mereka akan mengundang malapetaka yang besar.
Apabila anak dilahirkan kedunia ini, maka ia hendaklah disambut dengan cara yang dianjurkan Allah swt dan Rasulullah saw supaya ia terpelihara daripada perkara-perkara yang tidak dibenarkan syarak.
Bacaan Ketika Hendak Bersalin
Disunatkan bagi sesiapa yang melawat perempuan yang sedang sakit hendak bersalin membaca ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa tertentu untuk memudahkan bersalin, antaranya:
1- Surah Al-Ikhlas
Surah Al-Ikhlas Bergambar
Maksud Firman Allah Ta’ala:
Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.
2- Surah Al-Falaq
Surah Al-Falaq Bergambar
Maksud Firman Allah Ta’ala:
Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, “Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; “Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk; “Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan); “Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya”.
3- Surah An-Nas
Surah An-Nas Bergambar
Maksud Firman Allah Ta’ala:
Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. “Yang Menguasai sekalian manusia, “Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, “Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, “Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, “(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia”.
4- Surah At-Tariq
(Sila Rujuk Dalam Al-Quran Al-Karim)
5- Surah Maryam
(Sila Rujuk Dalam Al-Quran Al-Karim)
6- Surah Yassin
(Sila Rujuk Dalam Al-Quran Al-Karim)
7- Ayat Kursi
Ayat Kursi Mudah Melahirkan Anak
Maksud Firman Allah Ta’ala:
“Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa’at di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi[161] Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.”
*[161]. Kursi dalam ayat ini oleh sebagian mufassirin diartikan dengan ilmu Allah dan ada pula yang mengartikan dengan kekuasaan-Nya.
8- Surah Al-A’raf Ayat: 54
Surah Mudah Lahir Anak
Maksud Firman Allah Ta’ala:
“Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu Ia bersemayam di atas Arasy; Ia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan (Ia pula yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam.”
9- Surah A’basa Ayat: 18-20 (Baca Sebanyak 3 Kali)
Surah Mudah Bersalin
Maksud Firman Allah Ta’ala:
“(Tidakkah ia memikirkan) dari apakah ia diciptakan oleh Allah?, Dari air mani diciptakanNya, serta dilengkapkan keadaannya dengan persediaan untuk bertanggungjawab, Kemudian jalan (baik dan jahat) dimudahkan Tuhan kepadanya (untuk menimbang dan mengambil mana satu yang ia pilih).”
10- Membaca Doa Seperti Berikut: (Baca sebanyak yang boleh)

ﺤﻨﺎ ﻭﻟﺪﺖ ﻤﺭﻴﻡ ﻭﻤﺭﻴﻡ ﻭﻟﺪﺖ ﻋﻴﺴﻰ ﺍﺨﺮﺝ ﺍﻴﻬﺎ ﺍﻟﻤﻮﻟﻮﺪ ﺒﻗﺪﺮﺓ ﺍﻟﻤﻠﻚ ﺍﻟﻤﻌﺒﻮﺪ

“ Hannaa Waladat Maryama Wa Maryama Waladat ‘Iisaa Ukhruj Ayyuhal Mauluudu Biqudrotil Malikil Ma’buudi “.
Artinya :
“ Hana melahirkan Maryam, sedangkan Maryam telah melahirkan ‘Isa. Keluarlah (lahirlah) hai anak dengan sebab kekuasaan Raja (Allah) yang disembah “.
Keterangan :
Telah diceritakan bahwa Nabi ‘Isa bin Maryam ‘Alaihis Salam dan Nabi Yahya bin Zakaria ‘Alaihis Salam pada suatu hari berjalan bersama-sama pergi kesuatu daerah. Sesampainya didaerah itu beliau mendengar suara wanita mengerang-erang kerana menemui kesulitan dalam bersalin. Maka Nabi ‘Isa berkata kepada Nabi Yahya : “ Bacakanlah do’a tersebut diatas kepadanya “. Kemudian setelah dibacakan do’a tersebut lahirlah anak yang masih didalam kandungannya dengan mudah “.
Amalan Ayat-Ayat Beserta Doa-Doa Diatas
Ayat-ayat beserta doa-doa diatas boleh juga dibaca dan dihembuskan kedalam segelas air untuk diberi minum kepada perempuan yang hendak bersalin (Semasa mengandung sembilan bulan) atau dibaca pada minyak zaitun untuk disapu pada perut dan diminum satu sudu besar setiap hari. Amalkan selalu, InsyaAllah dipermudahkan bersalin dengan kuasa Allah swt.
Wallahu’alam….

Thursday, 14 February 2013

42 NASIHAT AGAMA YANG AMAT BERGUNA

بسم الله الرحمن الرحيماحفظ الله يحفظك “

1-Jika kamu menjaga hak-hak Allah SWT, Allah SWT akan menjaga hak-hak kamu.

” إذا لم تستح فاصنع ما شئت “

2-Jika kamu tidak malu kepada Allah SWT, lakukan apa yang kamu kehendaki.

” أطب مطعمك تكن مجاباالدعوة “

3-Elokkan makanan kamu, pasti Allah SWT memaqbulkan segala permintaan kamu.

” اتق الله حيثما كنت “

4- Takutlah kepada Allah SWT, walau dimana kamu berada.

” اتْبع السيئة الحسنة تمحها “

5- Balaslah kejahatan dengan kebaikan pasti kamu mendapat ganjarannya.

” خالقِ الناس بخلق حسن “

6- Berakhlaklah dengan manusia dengan sebaik-baik akhlak.

” اتق المحارم تكن أعبد الناس “

7-Takutlah kepada perkara-perkara dosa, pasti kamu akan menjadi Hamba Allah SWT terbaik.

” ارض بما قسم الله لك تكن أغنى الناس “

8-Redhalah dengan pembahagian Allah SWT, pasti kamu akan menjadi manusia paling kaya.

” أحبّ للناس ما تحبّ لنفسك “

9-Sayangilah manusia sebagaimana kamu sayang pada diri kamu sendiri.

” لا تُكثر الضّحك فإنّكثرة الضحك تميت القلب “

10- Jangan terlalu banyak ketawa, kerana dengan banyak ketawa boleh menyebabkan hati mati.

” الظّلم ظلمات يوم القيامة “

11-Kezaliman adalah kegelapan di Akhirat kelak.

” اتقوا الله واعدلوا في أولادكم “

12-Bertaqwalah kepada Allah SWT dan berlaku adillah kepada anak-anak kamu.

” اتق النار ولو بشقّ تمرة “

13- Jauhilah daripada api neraka walau sekadar bersedekah dengan sebiji tamar.

” اتقوا دعوة المظلوم “

14- Takutlah kepada doa orang-orang yang telah kamu zalimi.

” أثقل شيء في الميزان الخلق الحسن “

15- Perkara yang paling berat dalam timbangan Allah SWT adalah Akhlak dan Budi Pekerti yang mulia.

” التأني من الله والعجلة من الشيطان “

16-Bertindak dengan tenang adalah ajaran Allah SWT dan Gopoh-gapah adalah ajaran daripada syaitan.

” قلة المال أقلّ للحساب “

17-Orang yang sedikit harta, mendapat kiraan yang senang daripada Allah SWT.

” لا تغضب ولك الجنة “

18- Jika kamu tidak bersifat pemarah kamu akan miliki Syurga.

” أحبّ الأعمال إلىالله أدومها وإن قلّ “

19- Amalan yang paling Allah SWT sukai adalah amalan yang berterusan walaupun sedikit.

” أحب البلاد إلى الله مساجدها “

20-Tempat yang paling Allah SWT sukai dalam sebuah negeri adalah masjid.

” أبغض البلاد إلىالله أسواقها “

21-Tempat yang paling Allah SWT benci dalam sebuah negeri adalah pasar-pasar.

” أحبّ الطعام إلى الله ما كثرت عليه الأيدي “

22-Makanan yang paling Allah SWT sukai adalah makanan yang disedekah secara ramai-ramai.

” أحب الكلام إلى الله أن يقول العبد سبحان الله وبحمده “

23-Perkataan yang paling Allah SWT sukai adalah  :

سبحان الله وبحمده

” أحب الناس إلى الله أنفعهم “

24-Orang yang paling Allah SWT sukai adalah orang yang pandai mencari manfaat dalam  agama.

“أحبّ الأعمال إلى الله سرور تُدخله على مسلم “

25-Amalan yang paling Allah SWT sukai adalah amalan yang mendatangkan kesukaan kepada manusia.

” من كفّ غضبه ستر الله عورته “

26-Sesiapa dapat menahan kemarahannya, allah SWT akan menutup perkara yang memalukannya.

” سوء الخلق يُفسد العمل كما يُفسد الخلّ العسل “

27- Akhlak buruk adalah merosakkan amalan sebagaimana cuka merosakkan madu.

” أحبّ عباد الله إلى الله أحسنهم خلقا “

28- Hamba yang paling Allah SWT sayangi adalah hambanya yang paling Mulia Akhlaknya.

” إحذروا الدنيا فإنها خضرة حلوة “

29-Hati-hati dengan dunia kerana ianya elok pada pandangan dan manis pada citarasanya.

” إحفظ لسانك “

30-Jagalah lidah kamu.

” أدّ الأمانة إلى من ائتمنك “

31-Laksanakan amanah kepada mereka yang mempercayai amanah yang telah kamu miliki.

” لا تخن من خانك “

32-Janganlah kamu menipu kepada orang yang telah menipu kamu.

” أدعوا الله وأنتم موقنون بالإجابة “

33-Berdoalah kepada Allah SWT dalam keadaan yang kamu yakin kepada penerimaanya.

” بشروا ولا تنفروا “

34-Berilah berita gembira, janganlah kamu menakut-nakutkan seseorang.

” يسّروا ولا تُعسّروا “

35-Permudahkanlah sesuatu urusan, jangan kamu memayahkan sesuatu urusan.

” كل بيمينك وكل مما يليك “

36-Makanlah dengan tangan kanan dan makanlah apa yang kamu layak makan.

” إذا آتاك الله مالا فليُر أثر نعمة الله عليك “

37-Jika kamu didatangi nikmat atau harta, maka perhatikan kesan nikmat tersebut keatas diri kamu.

” إذا أتاكم كريم قوم فأكرموه “

38-Jika sesuatu kaum menganugerahkan kepada kamu kemulian, maka muliakan mereka.

” إذا أتاكم من ترضون دينه وخُلُقه فزوّجوه “

39-Jika kamu didatang seseorang lelaki untuk meminang anak kamu, dan dia memiliki nilai-nilai agama dan kemulian akhlak maka terimalah pinangannya atau kahwinkan dia.

” إذا أراد الله بأهل بيت خيرا أدخل عليهم الرّفق “

40-Jika Allah SWT menghendaki sesuatu ahli keluarga itu bahagia, Allah SWT akan mencampakkan perasaan Kasih Sayang dalam ahli-ahli keluarga tersebut.

” إذا أسأت فأحسن “

41-Jika manusia melakukan kejahatan kepada kamu, maka lakukanlah kebaikkan kepada mereka.

” إذا حاك في نفسك شيء فدَعْه

42-Jika ada orang melaga-lagakan kamu, biarkanlah dia.

Friday, 8 February 2013

3 Amalan Untuk Dapat Keampunan Allah

Assalamualaikum,
Sebagai seorang hamba yang penuh kelemahan serta kekurangan, manusia amat memerlukan keampunan serta bimbingan daripadaNya agar sentiasa berada di landasan lurus yang membawa manusia terus menemui Nya dalam keadaan redha-meredhai antara satu sama lain.

Amalan yang merupakan sebab Keampunan Nya ialah :

1. Mendermakan / Menafkahkan HARTA sama ada waktu Senang Dan Susah, MAsa Lapang dan Juga Kesempitan
Sabda Rasulullah SAW : " Zuriat anak adam selalu sahaja berkata, ' Itu hartaku, ini hartaku' 
Sebenarnya harta kamu ialah apa yang kamu makan maka telah kamu rasai, atau apa yang telah kamu pakai, maka telah kamu lusuhkan dan apa yang kamu dermakan/sedekahkan maka itulah sebenarnya yang kamu kekalkan." (Riwayat Muslim).
Sedekah @ mendermakan sebahagian atau sedikit harta halal yang dimiliki merupakan antara sebab dan faktor menghapuskan kemurkaan Allah SWT.


2. Menahan Kemarahan
Antara amalan yang boleh menahan kemarahan ialah sentiasa berwuduk, sentiasa berzikir tasbih atau selawat. Individu yang berusaha menahan kemarahan atau tidak melepaskan kemarahan mengikut kehendak hati ialah individu yang berhak mendapat keampunan Allah SWT, malah mengangkat kedudukan seseorang disisi Allah SWT dan juga manusia.

3. Memaafkan Kesalahan  Orang Lain
Memaafkan kesalahan atau kesilapan sama ada dilakukan secara sengaja atau tidak. Tiada apa sebenarnya yang rugi dengan memaafkan kesalahan orang hatta musuh sekalipun. Rugi yang sebenar adalah hidup dalam keadaan jiwa tidak tenteram atau tenang kerana kemarahan, cemburu atau dengki kepada orang lain.

Itulah tiga Akhlak @ Peribadi yang mendapat Keampunan Allah SWT. Semoga kita semua termasuk dalam golongan tersebut. Amin Ya Rabb Al-Alamin.

Thursday, 7 February 2013

Jom pegi Bukit Fraser

Jalan-jalan ke sana melalui Kuala Kubu Bharu, xjauh sgt, tp naik bukit tu yg lama giles..huhuhu, kalu rase nk muntah, silakan :P
Tp view kt sana mmg best sgt. Puas hati tol..
hehe. dh sampai dh kt sana. akhirnyer..huhuuhu
Ok, skg mkn time..lapor sgt2..

Kt sini la menara jam tu..hehehe

Berlindung Kepada As-Salam (Maha Selamat Sejahtera)

Cacing tidak melarikan diri daripada bahaya. Ia berlindung kepada Allah As-Salam. Allah As-Salam mengilhamkan kepada cacing secara fitrah untuk mengambil posisi bentuk melingkar dalam lubang bawah tanah supaya luas permukaan kulit secara minimum dipengaruhi suhu udara luaran.

Bagi manusia, As-Salam menganugerahkan akal atau minda untuk melihat dan mengambil pengajaran daripada penciptaan yang wujud disekitarnya. Dengan kebijaksanaan ajal dan ketajaman hati, berdoa dan bermunajat mohon kesejahteraan kepada Allah As-Salam adalah usaha terbaik bagi manusia ketika merasa berada dalam ancaman dan bahaya.

Ucapan salam sesama Muslim dengan lafaz 'Assalamualaikum' adalah sebagai doa memohon jaminan keselamatan daripada As-Salam dari tipu daya, kecurangan, pengkhianatan kepada sesama manusia. Semua diilhamkan oleh Allah As-Salam supaya manusia dapat menyebarkan kedamaian. keharmonian dan kesejahteraan.

BONUS JUBLI EMAS TABUNG HAJI 2012

Tabung Haji umum Bonus Jubli Emas 8 peratus


JAMIL KHIR (kiri), Abi Musa Asa'ari (tengah) dan Ismee ketika majlis pengumuman jumlah agihan bonus di Dewan Besar Lembaga Tabung Haji, Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan pengagihan Bonus Jubli Emas Tabung Haji 2012 sebanyak lapan peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012 kepada 8.2 juta pendeposit mereka.
Pemberian bonus tersebut yang merupakan tertinggi sepanjang 50 tahun penubuhan TH itu merangkumi kadar bonus tahunan sebanyak 6.5 peratus dan tambahan bonus khas sebanyak 1.5 peratus.
Pendeposit boleh mengemas kini akaun masing-masing melalui kaunter-kaunter TH dan rakan-rakan strategik TH iaitu Bank Islam Malaysia Bhd. (Bank Islam), Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd. (Bank Rakyat) dan Maybank Islamic Bhd. (Maybank Islamic) mulai 10 Februari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, jumlah keseluruhan pemberian bonus itu adalah sebanyak RM2.46 bilion iaitu RM2.13 bilion untuk bonus tahunan dan RM325 juta bagi bonus khas.
“Bayaran bonus tahunan tersebut merupakan peningkatan sebanyak 27 peratus berbanding RM1.68 bilion yang diagihkan pada tahun 2011,” katanya kepada media selepas majlis pengumuman Bonus Jubli Emas TH 2012 di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0208&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2KGsaPja5
Hakcipta terpelihara