Friday 8 February 2013

3 Amalan Untuk Dapat Keampunan Allah

Assalamualaikum,
Sebagai seorang hamba yang penuh kelemahan serta kekurangan, manusia amat memerlukan keampunan serta bimbingan daripadaNya agar sentiasa berada di landasan lurus yang membawa manusia terus menemui Nya dalam keadaan redha-meredhai antara satu sama lain.

Amalan yang merupakan sebab Keampunan Nya ialah :

1. Mendermakan / Menafkahkan HARTA sama ada waktu Senang Dan Susah, MAsa Lapang dan Juga Kesempitan
Sabda Rasulullah SAW : " Zuriat anak adam selalu sahaja berkata, ' Itu hartaku, ini hartaku' 
Sebenarnya harta kamu ialah apa yang kamu makan maka telah kamu rasai, atau apa yang telah kamu pakai, maka telah kamu lusuhkan dan apa yang kamu dermakan/sedekahkan maka itulah sebenarnya yang kamu kekalkan." (Riwayat Muslim).
Sedekah @ mendermakan sebahagian atau sedikit harta halal yang dimiliki merupakan antara sebab dan faktor menghapuskan kemurkaan Allah SWT.


2. Menahan Kemarahan
Antara amalan yang boleh menahan kemarahan ialah sentiasa berwuduk, sentiasa berzikir tasbih atau selawat. Individu yang berusaha menahan kemarahan atau tidak melepaskan kemarahan mengikut kehendak hati ialah individu yang berhak mendapat keampunan Allah SWT, malah mengangkat kedudukan seseorang disisi Allah SWT dan juga manusia.

3. Memaafkan Kesalahan  Orang Lain
Memaafkan kesalahan atau kesilapan sama ada dilakukan secara sengaja atau tidak. Tiada apa sebenarnya yang rugi dengan memaafkan kesalahan orang hatta musuh sekalipun. Rugi yang sebenar adalah hidup dalam keadaan jiwa tidak tenteram atau tenang kerana kemarahan, cemburu atau dengki kepada orang lain.

Itulah tiga Akhlak @ Peribadi yang mendapat Keampunan Allah SWT. Semoga kita semua termasuk dalam golongan tersebut. Amin Ya Rabb Al-Alamin.

No comments:

Post a Comment